Thursday, December 6, 2012

Kekasih

Hanya ada satu nama... PUTERI.... satu nama yang pelbagai makna. Tapi itulah yang gua tunggu. Dari zaman gua tak kenal istilah 'gua lu, gua lu"... sampai gua dah pun nak jadi raja berhari hari. Satu nama yang istimewa yang bukan semua padan dengan pembawakan.

Hanya ada satu pandangan.... Gua tahu ada sesuatu yang tersembunyi dalam dirinya. Gua rasa ada kelembutan dibalik kekasarannya. Gua rasa ada kecintaan dibalik kesombongannya.

Gua tunggu 84 purnama, untuk Dia nyatakan persetujuan menjalani tempoh percubaan. Dan bukan macam cinta biasa anak-anak muda moden mainkan. Gua kembali ke alam dulu kala bila nikmat cinta itu bermula selepas kahwin.


Gua Bukan Maksum!!!

Gua bukan malaikat. Bukan maksum taraf nabi-nabi. Gua cuma budak jalanan merempat atas bumi untuk cari frasa hidup dan impian.

Ekspektasi manusia sebagiannya terlalu hiperbola. Gua jadi takut dengan bayang bayang sendiri. Dan selalunya, istilah gagal tu jadi makanan hari-hari.

Kebanggaan gua cuma satu, dengan anugerah budak 'loser' yang gua pegang 10 tahun berturut, gua memiliki apa orang lain boleh milik (bukan keperluan, tapi keinginan) tanpa ada sejeling pun manusia berdekatan gua tau apa sumber pendapatan gua (yang penting halal). Paling penting, gua dapat memperisterikan seorang wanita istimewa yang gua tak pernah bawak mengadap majlis raja-raja keluarga gua.

Dengan kebangsatan hidup dan kehaprakan perangai gua, bersifat begitu seolah membalikcerminkan mereka  yang alim sopan, bijak pandai berharta yang terhegeh-hegeh menayangkan bakal tunang, bini dan janda mereka, sampai naik basi kepada keluarga. macam kereta secondhand, value dah dropped.

Bagi gua,apa yang ada cukup memadai, dan ya!! gua seorang yang boleh diharap, tapi jangan mengharap.

Gua bukan makhluk 'first impression' person. Untuk kenal manusia bukan kita, dalam seminit dua, itu BOHONG. Sedangkan kita belum cukup khatam peribadi sendiri.