Monday, June 17, 2013

Malaikat Kecilku

malaikat kecilku
pejam di pangkuan bondanya
mulus perasaannya
buat aku terbuai masuk dalam dunianya

malaikat kecilku
penghapus rasa sabarku
di setiap purnama 
di gelap dunia lamanya

malaikat kecilku
iras bondanya
dalam rasa sayang pada keduanya
untuk aku tak ternilai harganya

Thursday, December 6, 2012

Kekasih

Hanya ada satu nama... PUTERI.... satu nama yang pelbagai makna. Tapi itulah yang gua tunggu. Dari zaman gua tak kenal istilah 'gua lu, gua lu"... sampai gua dah pun nak jadi raja berhari hari. Satu nama yang istimewa yang bukan semua padan dengan pembawakan.

Hanya ada satu pandangan.... Gua tahu ada sesuatu yang tersembunyi dalam dirinya. Gua rasa ada kelembutan dibalik kekasarannya. Gua rasa ada kecintaan dibalik kesombongannya.

Gua tunggu 84 purnama, untuk Dia nyatakan persetujuan menjalani tempoh percubaan. Dan bukan macam cinta biasa anak-anak muda moden mainkan. Gua kembali ke alam dulu kala bila nikmat cinta itu bermula selepas kahwin.


Gua Bukan Maksum!!!

Gua bukan malaikat. Bukan maksum taraf nabi-nabi. Gua cuma budak jalanan merempat atas bumi untuk cari frasa hidup dan impian.

Ekspektasi manusia sebagiannya terlalu hiperbola. Gua jadi takut dengan bayang bayang sendiri. Dan selalunya, istilah gagal tu jadi makanan hari-hari.

Kebanggaan gua cuma satu, dengan anugerah budak 'loser' yang gua pegang 10 tahun berturut, gua memiliki apa orang lain boleh milik (bukan keperluan, tapi keinginan) tanpa ada sejeling pun manusia berdekatan gua tau apa sumber pendapatan gua (yang penting halal). Paling penting, gua dapat memperisterikan seorang wanita istimewa yang gua tak pernah bawak mengadap majlis raja-raja keluarga gua.

Dengan kebangsatan hidup dan kehaprakan perangai gua, bersifat begitu seolah membalikcerminkan mereka  yang alim sopan, bijak pandai berharta yang terhegeh-hegeh menayangkan bakal tunang, bini dan janda mereka, sampai naik basi kepada keluarga. macam kereta secondhand, value dah dropped.

Bagi gua,apa yang ada cukup memadai, dan ya!! gua seorang yang boleh diharap, tapi jangan mengharap.

Gua bukan makhluk 'first impression' person. Untuk kenal manusia bukan kita, dalam seminit dua, itu BOHONG. Sedangkan kita belum cukup khatam peribadi sendiri.

Thursday, August 2, 2012

Diamnya Dalam Hati

Pandangan gua pakukan padanya. Diam, bila dia pada gua sudah tiada. Hilang makna, hilang rasa. Di mulutnya hanya angin bersuara. Dimatanya tiada sungai yang melata. Dihatinya cuma yang tahu dia.


Manusia,
  bila ada, memang tak hirau ketidakberadaan depan mata. Bila mahu hilang atau mula lenyap, pasti jadi luka.


Lambat, lewat,
  Itu yang tergambar. Bukan sebab gua menidakkan rasanya pada gua, tapi untuk dia, bukan dalam perancangan masa. Mungkin rasa itu kurang dari orang yang memilik gua, atau sejelasnya, tempat gua bereksperimentasi. Bukan kasanova, tapi mencuba.


Perempuan,
  menafi realiti bila sebut frasa kasanova. Tanpa berfikir, generasi kami hari ini, punya hak memilih yang luas. Sedang mereka terhad. bahkan berlumba mendapatkan cinta. Itu jadi bila kata 'desak' jadi nadi utama.


Berbalik pada Dia. Tanpa suara, malah sepatah. Ada genang yang disekat. Tapi maaf, gua bukan bangsa dimakan pujuk. Dan gua punya pilihan akhir sendiri. Pasti, Dia bukan milik gua, sampai mati.


Layaknya hanya untuk sebuah cerita dalam nyawaku..............

Monday, July 30, 2012

Pulang

gua kembali dari kehilangan. 
dan hidup dengan suaramu, 
datang dengan angin melewat nyanyian gua.
mata pejam gua kini terbuka pegun....